top of page
Like Page Kami
Search By Tags

Rosnah Mat Aris bahagia bersama suami muda

  • Aliza
  • May 19, 2017
  • 1 min read

KUALA LUMPUR: Pelakon, Rosnah Mat Aris berjaya menutup mulut lancang pihak tertentu yang meramalkan perkahwinannya dengan Tajul Efendie Isa takkan bertahan lama. Rosnah, 62, yang cukup popular dengan watak Mak Limah dalam drama bersiri, Rumah Kedai, suatu


ketika dulu berkata, tahun ini beliau dan Tajul, 36, atau lebih dikenali sebagai Blue akan meraikan usia sedekad perkahwinan mereka. "Alhamdulillah, saya sangat bahagia. Saya sendiri terkejut kerana pejam celik, pejam celik, tahun ini kami bakal meraikan ulang tahun perkahwinan yang ke-10.


Dia sendiri ada menyatakan, apabila jodoh kami dipanjangkan Tuhan, ia bermakna satu kemenangan buat dirinya. "Sepanjang kami mendirikan rumah tangga, dia tidak pernah menyakitkan hati saya ataupun berlaku curang, " kata Rosnah ketika ditemui pada majlis memperkenalkan duta dan pelancaran Kempen Ramadan Raya TV3 & TV9 di ibu negara.


Rosnah berkata, pada peringkat awal perkahwinan mereka, ada pihak yang menghasut beliau dengan mempertikaikan keikhlasan lelaki terbabit untuk memperisterikannya. "Sebelum ini, ramai yang menuduh dirinya berkahwin dengan saya kerana duit dan mendakwa saya yang menanggung hidupnya. Bagaimanapun selepas saya berjaya membuktikan Tajul tidaklah seburuk yang disangkakan, mereka tidak lagi mempersoalkan keikhlasannya, " katanya.


Mengenai kehilangannya daripada industri seni, pelakon serba boleh ini berkata, kesibukannya mengikut suami menguruskan perniagaan di seluruh negara membataskan masanya untuk berada di lokasi penggambaran.


"Setahun saya mengikut suami menguruskan perniagaannya ke serata Malaysia. Sekarang, saya kembali menetap di Kuala Lumpur dan barulah ada masa untuk berlakon semula, " katanya. Sumber: bharian.com.my


Yorumlar


© 2017 by HokalohMedia

bottom of page